Followers

25 Nov 2013

01.07.2012 - 24.05.2013

10 Bulan...

Tempoh berPJJ dgn asben... tempoh yg menguji emosi,fizikal dsbnya...
tempoh yg penuh suka duka... lumrah kehidupan...

Minggu pertama duduk asing sangat-sangat melelahkan... emosi tercabar... mane taknye yg sulung berusia 3thn 4bln, yg kedua 9bln harus diuruskan sendirian...kekok mungkin... menangis perkara biasa kerana terasa diri tak mampu untuk mengharungi tempoh ini...

Alhamdulillah... msk minggu2 seterusnya terasa diri lebih kuat untuk mengharungi semua ini kerana yakin ini semua takdirNya... diuji begini kerana Dia yakin aku mampu untuk mengharunginya... hari-hari aku lalui mcm biasa walaupun hati kadang-kala goyah, lelah...

Ke pasar, ke shopping complex, ke klinik, ke playground hanya kami bertiga... mata-mata memandang, biarlah... asben hanya akan pulang ketika hari minggu... di kala hati mulai lelah, aku terus berkata pada diri sendiri 'harus kuat untuk anak-anak'... ye, aku harus kuat!!!

Alhamdulillah...orang-orang di sekeliling, rakan-rakan opis banyak membantu... menceriakan hari-hari kami... :)

Terima kasih semua... budi baik kalian tidak akan dilupakan...

No comments:

Post a Comment

© Templates reserved for : A Part Of My Life | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™